Thursday, December 27, 2012

Pertama Untukmu Umar

Anakku sayang..
Pada tanggal 2 Muharram 1931 H (19.12.2009 M) kamu dilahirkan ke dunia yang penuh dengan onak dan ranjau ini. Ummi menyambut kedatanganmu dengan penuh kesyukuran. Ummi dan Ayah sangat gembira dengan kehadiranmu dalam kehidupan kami berdua.

Anakku sayang..
Hidup di dunia ini terlalu banyak cabaran. Hadapilah setiap cabaran dengan tenang dan sabar. Jangan sesekali kamu menjauhi Tuhan Yang Esa. Sentiasalah kamu taat pada perintahNya dikala susah dan senang.

Wahai anakku...
Ambillah Quran sebagai panduan. Bacalah ia..kerana kelak ia akan membantumu di sana nanti. Jadikan ia sebagai peganganmu setiap masa.

Permataku sayang..
Sentiasalah kamu beringat. Jauhi dosa dan maksiat. Jaga tingkah lakumu sayang. Janganlah kamu terlalu asyik dengan dunia yang sementara ini.

Anakku...
Tuntutlah ilmu sebanyak mana yang engkau kehendaki. Tetapi..jangan sesekali kamu tinggalkan ilmu agama.

Sayangku Umar..
Jadilah anak yang soleh. Yang sentiasa taat pada perintahNya..taat pada ibubapamu. Doakanlah Ayah dan Ummi sayang. Semoga kamu berjaya di dunia dan akhirat. Amiin..

No comments:

Post a Comment