Tuesday, January 22, 2013

Temujanji Mata

Semalam, lepas balik kerja Ayah terus hantar kita bertiga (Ummi, Umar dan Muaz) balik Serdang. Bertolak jam 9.00pm dan sampai Serdang lebih kurang jam 12.05am. Kesian Ayah..penat. Balik kerja bawak kereta tak henti-henti. Tambah pulak hari ni dia kerja. Nasib baik kerja petang.

Semalam Ayah kata nak balik Ipoh terus sebab esok ada perjumpaan dengan pengajar. Tapi sesampai je di Serdang, penat pulak. Amik keputusan tidur dulu. Bila da penat tu..tidur..tak sedar2 sampai ke pagi. Last-last..pagi tadi baru Ayah bertolak balik Ipoh.

Hari ni Ummi bawak Umar ke hospital sorang-sorang. Mencabar betul rasanya. Biasanya Ayah ada temankan tuk jaga Adik Muaz. Tapi hari ni..semua Ummi kena buat sendiri. Masing-masing dah pandai berlari ke sana..ke sini. Mengamuk nak makan la. Bila dah tunggu lama tu macam-macam hal. 

Dah la hari ni ramai orang. Kerusi nak duduk pon penuh.Tunggu nak dapat nombor giliran sampai sejam. Baru nak amik nombor tu..hmmm. Lepas amik nombor tu, Ummi gi beli sarapan. 

Lepas beli makan tu gi klinik pakar mata balik. Sedang2 elok panggil nombor Umar. Alhamdulillah. Tapi..Muaz pulak buat hal kat bilik Dr. Umar pon kena pegang jugak. Payahnya rasa bila Ayah tak de.huhu..

Dah selesai tu, Ummi bawak gi kantin tuk beli makan tengah hari. tengah-tengah ceduk lauk tu, Adik Muaz pulak hilang. Berdebar Ummi. Nasib baik jumpa. Tu pon dah jauh dia lari. Nasib baik sempat kejar.

Dr bagi tarikh temujanji berikutnya pada bulan Oktober 2013. Alih-alih..OTW nak balik tu telefon berdering. Rupanya pihak Hosp Serdang telefon tukar tarikh temujanji Umar pada 16 Julai 2013. Ummi tanya kenapa cepat pulak? Jururawat tu kata ada masalah sikit. Kena datang awal daripada tarikh temujanji.

Ok la..hari ni, perkembangan mata Umar macam biasa. Power mata tak naik dan kelopak mata pon tak menurun. Sama macam temujanji sebelumnya. Ummi pon..ok la. Tak adalah bimbang anak nak pakai spek pulak. Dan katanya kne tunggu Umar berusia 4 tahun baru boleh buat pembedahan.

So, itu saja lah untuk hari ni. Kita sama2 tunggu temujanji seterusnya pulak.


No comments:

Post a Comment