Monday, July 25, 2016

Rumah Baru

Satu malam.. Umar datang kat Umi yang tengah susukan adik Amru atas katil.. Umar bawak buku tulis dan kotak pensil. Umi nampak ada sebuah rumah kat kertas tu..

Umi : Umar buat apa tu?
Umar: Umar lukis rumah baru kita.
Umi: Umar buat la macam ni. (Aku tunjuk sebuah rumah dlm telefon)

Umar pon sambung melukis. Umi teruskan menyusu. Umi dengar Umar bagi tau Umi..

Umar: Umi..Umi..atas bukit ni..rumah Tokki.
Umi: Rumah Tokki? Kan Tokki dah ada rumah..rumah ni?
Umar: Umar nak buat rumah baru untuk Tokki.
Umi: Untuk Cik (datuk Umi)?
Umar: Cik duduk dgn Tokki lah..baru ada makanan Cik nak makan.

Umi terkejut..

Ya lah..Umi tau..Cik orang miskin..rumah Cik buruk..rumah Cik pon tak banyak makanan. Umar kesian tengok Cik agaknya kan?

Seusai Amru menyusu..dia tidur. Umi bawa Ziyad menonton tv kat luar.

Selepas menonton..Umi masuk bilik. Umi tengok..Umar dah pon tertidur. Dengan tangan masih lagi memegang pensil warna. Lukisan tu pon belum sempat diwarnakan semuanya. Umi ambik...

Umi tengok lukisan tu cantik sangat.  Umi terpandang sebuah rumah di atas bukit. Agaknya..ni lah rumah Tokki yang Umar bagitau tadi. Getus Umi dalam hati.

Umi tersenyum sendiri...

Umi harap...bila Umar besar nanti..Umar tak lupakan org tua mcm Cik dan Tokki. Umi dan
Ayah juga.

#Umar 6 1/2 tahun 

Darjah 1

Yay!! Umar dah sekolah... Sekolah Umar besar. Umar di tempatkan di kelas 1 Mulia. Kelas Umar tinggi..kat tingkat 3. Kat sini Umar nak simpan gambar-gambar Umar masa mula-mula masuk sekolah kat sini. Nanti Umar besar...Umar boleh tgk balik..

Jom...tgk gambar...

Thursday, December 26, 2013

Selamat Hari Lahir Ke 4


 1st Sambutan hari lahir oleh Taska Permata di Lost World Tambun Ipoh untuk Umar


Kek besar:)



Bday boy n gurl:)


Potong kek dengan Marissa:)

2nd Sambutan pada hari kejadian di rumah kita



Sepotong kek ais krim Umi bawak balik:)


Makan kek dengan adik :)

3th Sambutan di Taska Permata bersama Tecer, Pembantu & Kawan2


Sebab Umar suka aiskrim..Umi belikan kek Aiskrim untuk Umar dan kawan2 di Taska Permata:)


Macam comel je..macam cantik je anak Umi ni..heeee:)


Tak keras ke aiskrim kat dalam tu? Mesti berlakon je ni..hihihi.. 


Bersama kawan-kawan:)

Gambar Umar dah Siap:)



Jeng..je..jeng...Cantik tak gambar Umar? Kenangan Umar setelah hampir setahun setengah menuntut di Taska Permata Negeri Daerah Hilir Perak. Alhamdulillah..Umar dah makin besar. Banayak yang Umar belajar di Taska Permata. Antaranya..belajar tak pakai pempes..belajar buang air kat tandas..belajar uruskan diri..belajar doa makan, belajar zikir..belajar berdikari...dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah..ketika usia Umar 2 1/2 tahun..Umar sudah di ajar untuk bergaul dengan kawan-kawan. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pendidik dan pembantu di Taska Permata kerana sudi melayan kerenah umar yang manja ni. Nasib baik x de anugerah pelajar paling manja masa konvo hari tu..kalau tak..mesti Umar yang dapat.

Ape-ape pon..kiranya..Umar dah tamatkan sesi pembelajaran di Permata.. Tahun depan akan ke Sekolah baru yang Umi pon tak tahu lagi yang mana satu. Samada Tabika Kemas @ Tabika Islam Perak. Sebab umi nak tunggu keputusan adik dulu..baru lah keputusan boleh di buat.

Mana-mana pon Umar belajar..Umi harap..Umar jaga diri..jaga perlakuan..belajar rajin-rajin dan jadi anak yang soleh..yang taat pada perintah Allah dan ibu bapa. Amin.

Monday, November 11, 2013

Kami:)

Amik gambar sendiri untuk Taska anak2. Tak de masa nk g tangkap kat kedai. Tapi..rasanya..ok kan?heeeee:)

Saturday, November 2, 2013

Penghargaan Untuk Umar Dari Permata

Semalam.. 1 November 2013, diadakan majlis konvo untuk pelajar 4 tahun Permata Daerah Hilir Perak bagi meraikan tahun terakhir pelajar di Taska Permata. Tahun depan Umar kena bersekolah tempat lain pulak. Sebab Umar dah besar. Da boleh masuk Tadika dah.

Sekejap saja masa berlalu. Dah setahun setengah Umar berada di Permata.

Terima kasih Cikgu2 dan Pembantu2 Taska atas Penghargaan yang diberikan ini:)

Saturday, October 12, 2013

Handmade Ice Cream Cake

Yay!!!! Berkat tunjuk ajar guru & pembantu Taska Permata..Umar berjaya membuat sendiri Kek Ais Krim ni:)

Note : kalah ummi*****huhu...