Tuesday, January 22, 2013

Temujanji Mata

Semalam, lepas balik kerja Ayah terus hantar kita bertiga (Ummi, Umar dan Muaz) balik Serdang. Bertolak jam 9.00pm dan sampai Serdang lebih kurang jam 12.05am. Kesian Ayah..penat. Balik kerja bawak kereta tak henti-henti. Tambah pulak hari ni dia kerja. Nasib baik kerja petang.

Semalam Ayah kata nak balik Ipoh terus sebab esok ada perjumpaan dengan pengajar. Tapi sesampai je di Serdang, penat pulak. Amik keputusan tidur dulu. Bila da penat tu..tidur..tak sedar2 sampai ke pagi. Last-last..pagi tadi baru Ayah bertolak balik Ipoh.

Hari ni Ummi bawak Umar ke hospital sorang-sorang. Mencabar betul rasanya. Biasanya Ayah ada temankan tuk jaga Adik Muaz. Tapi hari ni..semua Ummi kena buat sendiri. Masing-masing dah pandai berlari ke sana..ke sini. Mengamuk nak makan la. Bila dah tunggu lama tu macam-macam hal. 

Dah la hari ni ramai orang. Kerusi nak duduk pon penuh.Tunggu nak dapat nombor giliran sampai sejam. Baru nak amik nombor tu..hmmm. Lepas amik nombor tu, Ummi gi beli sarapan. 

Lepas beli makan tu gi klinik pakar mata balik. Sedang2 elok panggil nombor Umar. Alhamdulillah. Tapi..Muaz pulak buat hal kat bilik Dr. Umar pon kena pegang jugak. Payahnya rasa bila Ayah tak de.huhu..

Dah selesai tu, Ummi bawak gi kantin tuk beli makan tengah hari. tengah-tengah ceduk lauk tu, Adik Muaz pulak hilang. Berdebar Ummi. Nasib baik jumpa. Tu pon dah jauh dia lari. Nasib baik sempat kejar.

Dr bagi tarikh temujanji berikutnya pada bulan Oktober 2013. Alih-alih..OTW nak balik tu telefon berdering. Rupanya pihak Hosp Serdang telefon tukar tarikh temujanji Umar pada 16 Julai 2013. Ummi tanya kenapa cepat pulak? Jururawat tu kata ada masalah sikit. Kena datang awal daripada tarikh temujanji.

Ok la..hari ni, perkembangan mata Umar macam biasa. Power mata tak naik dan kelopak mata pon tak menurun. Sama macam temujanji sebelumnya. Ummi pon..ok la. Tak adalah bimbang anak nak pakai spek pulak. Dan katanya kne tunggu Umar berusia 4 tahun baru boleh buat pembedahan.

So, itu saja lah untuk hari ni. Kita sama2 tunggu temujanji seterusnya pulak.


Thursday, January 17, 2013

Pender

Hahaha..ummi gelak dulu. Tajuknya..kemain..paham ke tak ape benda tu?

Umar kan skang tengah belajar tak pakai pempes. Jadinya..ummi belikan la 'pender' supaya umar tak rasa kosong atau berangiiinnn je kat bawah tu.

Try beli 3 je dulu sbb takut Umar tak suka.

Taaaapi...

Terlebih suka pulak. Dah tak nk pakai pempes da. Asyik nk pakai 'pender' je. Tidur pon tak nk pakai.

Minggu lepas..kemain mengamuk nk pakai pempes. Alih2 hari ni mengamuk tak nk pakai pempes.

Nasib baik tidur semalam tak kenc**g kat tilam.

Tapi hari ni..masa ummi amik kat Taska tadi Cikgu cerita la yang Umar tidur tak nk pakai pempes dan terkenc**g atas katil :-) hihi.

Lain kali nk kenc**g gtau cikgu ye sayang. Nnti ummi belikan 'pender' tuk Umar banyak2.

Suka kan?

Pender..hihi:-) comel je ummi dengar.

Thursday, January 10, 2013

Yay!! Saye Dah Ada

Yay!!

Saya da ada kereta kontol..

Tq Ayah belikan Umar kereta kontrol.

Ni lah mainan paling mahal yang Ayah dan Ummi beli tuk Umar setakat hari ni. Harganya RM49.90.

Umar suka sangat. Sampai adik pon ble tengok je. Nak pegang jangan harap lah..

Terima Kasih..Umar suka.

Cantik tak kereta Umar ni?

Tuesday, January 8, 2013

Tak Ber'pempes'

Pertama kali hari ni Umar ke Taska tanpa memakai pempes.

Tapi...

Punya la susah Ummi nak pujuk Umar...sampai berpeluh Ummi melayan Umar mengamuk.

Dari nak pilih bajunya..

Dah la nak pakai baju raya (baju melayu)...lepas tu bagi baju raya..mgamuk nak air anggur boboi pulak. Lepas tu nak tidur pulak. Tak nak pakai baju pulak..macam2 hal.

Sampai di Taska pulak ada budak baru mengamuk. Umar yang biasanya tak nangis pegi hari ni tetiba menangis meraung pulak. Geramnya Ummi...tapi nak buat macam mana kan?

Alih2 Ummi pulak yang lambat ke tempat kerja. Nasib baik bos Ummi tu jenis yang memahami.

Kereta Control

Hari ni Umar mengamuk..

Pukul Ummi kuat sangat. Sampai sakit bahu Ummi. Semua yang Ummi bagi Umar tak nak. Air kejen (vitagen) tak nak..anggur tak nak..semua tak nak.

Rupa2nya dia nak Kereta Control tu..

Da 2,3 hari dia tengok jiran sebelah main kereta tu. Dia gelak je bila nampak kereta tu pusing sana sini...

Ummi ingatkan tengok je..rupanya..dia tengok...tengok..dan..

Dia nak jugak.

Kesian Umar. Nanti Ayah balik..Ummi ajak Ayah gi beli ye.

Sabor ye sayang. Jangan pukul Ummi lagi tau..sakit Ummi....

Thursday, January 3, 2013

Temujanji Mata Umar

Tiba2 teringat...Umar ada temujanji tuk mata dia di Hosp Serdang bulan ni. Tapi..ummi tak ingat pulak tarikhnya. Terus col ayah..tanya dia.

Ayah kata 22.1.13. Terkejut ummi. Hari selasa tu. Banyaknya cuti kne amik. Ohhh..baru awal tahun ni. Tambahan pulak ummi da amik cuti 24hb tu.

So...terpaksala ummi tambah cuti ummi lagi demi Umar sayang.

Pk...nk balik pulak. Mcm mana? Ayah dah tak ada cuti...urmmm..

Pk..punya pk..last2 ayah kata dia nk hantar kita balik Serdang. Lepas tu..Ummi dan anak2 balik kampung naik bas dengan Mok Yu.

Alhamdulillah...Tuhan permudahkan kita.

Wednesday, January 2, 2013

Gambar Untuk Taska

Hari ni cikgu Umar mintak gambar saiz A4.

Dan Ummi pilih gambar ni»»»

Tuesday, January 1, 2013

Daftar Taska Umar

2.1.2013

Hari ni Ummi daftar Umar tuk masuk Taska Permata. Umar dah masuk kelas 4 tahun walaupun Umar baru saja genap 3 tahun. Tp sebab kelas tu ikut tahun jadi..Umar pon kne la kawan dengan kawan2 yang 4 tahun juga.

Tak pe..nanti Umar cepat pandai.

Hari ni ramai kawan2 baru Umar yang baru masuk hari ni nangis. Tapi..Umar relek je. Tak nangis pon. Bangga Ummi dengan anak sulung Ummi ni.

Dah masuk kelas 4 tahun ni..Umar kne lebih banyak berdikari. Dah besar kan..

Semoga Umar jadi budak baik. Jangan nakal2 kat sekolah ye sayang. Belajar elok2..berkawan elok2. Semoga kamu berjaya dunia dan akhirat. Amiin.