Monday, July 25, 2016

Rumah Baru

Satu malam.. Umar datang kat Umi yang tengah susukan adik Amru atas katil.. Umar bawak buku tulis dan kotak pensil. Umi nampak ada sebuah rumah kat kertas tu..

Umi : Umar buat apa tu?
Umar: Umar lukis rumah baru kita.
Umi: Umar buat la macam ni. (Aku tunjuk sebuah rumah dlm telefon)

Umar pon sambung melukis. Umi teruskan menyusu. Umi dengar Umar bagi tau Umi..

Umar: Umi..Umi..atas bukit ni..rumah Tokki.
Umi: Rumah Tokki? Kan Tokki dah ada rumah..rumah ni?
Umar: Umar nak buat rumah baru untuk Tokki.
Umi: Untuk Cik (datuk Umi)?
Umar: Cik duduk dgn Tokki lah..baru ada makanan Cik nak makan.

Umi terkejut..

Ya lah..Umi tau..Cik orang miskin..rumah Cik buruk..rumah Cik pon tak banyak makanan. Umar kesian tengok Cik agaknya kan?

Seusai Amru menyusu..dia tidur. Umi bawa Ziyad menonton tv kat luar.

Selepas menonton..Umi masuk bilik. Umi tengok..Umar dah pon tertidur. Dengan tangan masih lagi memegang pensil warna. Lukisan tu pon belum sempat diwarnakan semuanya. Umi ambik...

Umi tengok lukisan tu cantik sangat.  Umi terpandang sebuah rumah di atas bukit. Agaknya..ni lah rumah Tokki yang Umar bagitau tadi. Getus Umi dalam hati.

Umi tersenyum sendiri...

Umi harap...bila Umar besar nanti..Umar tak lupakan org tua mcm Cik dan Tokki. Umi dan
Ayah juga.

#Umar 6 1/2 tahun 

No comments:

Post a Comment