Monday, July 15, 2013

Temujanji Mata 16 Julai 2013

Hari ni pagi-pagi lagi bersiap dengan Ummi dan Adik Muaz untuk pergi temujanji mata Umar di Hospital Serdang. Umar tak nagis pon dan faham. Elok je Umar cakap kat Ummi:

"Ummi..Umar nak pergi jumpa doktor hari ni..nak cek mata Umar. Mata ni Ummi."

Sambil dia menunjukkan mata kanannya yang sedikit sepet berbanding mata kiri tu.

Mata kanan Umar sedikit sepet

Masa masuk cek power mata tu mula2 tu ok lagi. Doktor tunjuk huruf tu..huruf ni..gambar tu..gambar ni. Mula2 tu teruja je...tapi bila dah lama2 Umar jadi bosan. Tak nak tengok dan sebut apa yang ditunjuk tu.

Hasil pemeriksaan hari ni...power mata Umar dah makin naik. 1.75 rabun + 1.00 silau. Doktor suruh buatkan Umar spek mata..macam Ummi...huhu. Sebabnya tak mahu rabun dan silau makin teruk.

Result power mata Umar

"Operation" untuk memotong otot mata Umar akan di buat pada 11 September 2013. Tujuan dia supaya otot mata lebih kuat dan mata akan jadi lebih luas. Dan kata Pakar lagi..masalah rabun boleh jadi makin kurang. 

Appoinment untuk operation

Jadi..kita tunggu je la. Dan sama2 kita tengok hasil selepas pembedahan nanti.

1 comment:

  1. semoga mata umar cepat sembuh.

    Umar tetap comel. hehehe.

    tak boleh lupa ika, buah lai. Umar kata macam upin ipin. sebab ada jambul. hihihi

    ReplyDelete