Sunday, March 17, 2013

Lawatan Taska Permata Mac 2013

Hari ni Taska Permata ada buat lawatan ke Pusat Hidupan Liar Sungkai. Alhamdulillah..kami selamat pergi dan balik.

Pagi2 lagi Ummi siapkan Umar. Ummi pakaikan Umar baju kaler merah seperti yang ditetapkan oleh pihak Taska. Ummi pon pakai baju kaler merah jugak.

Singgah di kedai jiran kita tuk beli sarapan. Ummi beli bihun goreng dan sedikit kuih buat bekal atas bas nanti.

Umar sangat teruja. Kejap-kejap je tanya..dah sampai ke belum. Masa sampai tu terlompat2 tengok binatang. Kat Pusat Hidupan Liar Sungkai ni ada 3 jenis binatang je iaitu seladang, rusa dan burung.

Mula2 sampai tu kami melawat mini muzium kat situ. Ada macam2 binatang yang diawet dan dibuat pameran. Ada ular, tenggiling, rangka harimau, kaki gajah, burung, musang dan macam2 lagi. Umar suka nak amik gambar tapi takut nak dekat terutama sekali ular. Sebab memang nampak macam betul.

Selepas itu kami melawat kandang rusa. Macam2 jenis rusa ada kat situ. Masa taklimat tadi..kakak renjer tu kata..kat situ adalah pusat pembiakan untuk mengelakkan kepupusan.

Akhir sekali kami dibawa melawat seladang. Besar betul seladang ni. Rupa dia pon nampak garang. Kami tak dibenarkan turun. Hanya boleh melihat dari dalam kereta sahaja.

Jam 12 tengah hari kami pon pulang. Semua kepenatan sampai tertidur dalam bas.