Friday, December 28, 2012

Sijil Pertama

Pada hari konvokesyen Permata 2012, Umar terima sijil menandakan Umar telah menamatkan sesi taska untuk tahun 2012.

Walaupon Umar masuk pada bulan 6.2012..tp Umar pon dapat sijil sama dgn yang lain.

Di usia kamu yang baru beberapa hari mencecah 3 tahun..kamu sudah punyai sijil. Bertuahnya kamu sayang. Ummi dulu..12 tahun baru dapat sijil..haha...

Lagipun..ummi xde masuk taska macam kamu. Ummi terus sekolah..masuk darjah 1.

Sebagai menghargai kamu...ummi potretkan sijil pertama kamu di sini...

Thursday, December 27, 2012

Hepi Tu U Umar

Untuk 2 tahun yang da lepas..ummi n ayah xpernah beli kek atau buat bday party tuk Umar.

Tapi..tahun ni Umar dah pandai Mintak kek. Siap kata nak kek Angry Bird lagi. So..untuk tak menghampakan Umar..Ummi tunaikan permintaan Umar tu pada Hari Lahir Umar yang ke 3 tahun iaitu pada 19.12.2012.

Hari ni 28.12.2012..Taska Permata pulak buat bday party tu anak2 permata termasuk Umar.

Umar nampak happy je hari ni. Sampai makan pon xnak. Alhamdulillah..suka Ummi tengok Umar ceria sangat main ngan kawan2 Umar.

Siap kata lagi kat Ummi...

"Ummi..Ummi..hari ni hepi tu u Umar.."

Ummi tersenyum sambil mengucup manja anak sulung ummi ni ;-)

Pertama Untukmu Umar

Anakku sayang..
Pada tanggal 2 Muharram 1931 H (19.12.2009 M) kamu dilahirkan ke dunia yang penuh dengan onak dan ranjau ini. Ummi menyambut kedatanganmu dengan penuh kesyukuran. Ummi dan Ayah sangat gembira dengan kehadiranmu dalam kehidupan kami berdua.

Anakku sayang..
Hidup di dunia ini terlalu banyak cabaran. Hadapilah setiap cabaran dengan tenang dan sabar. Jangan sesekali kamu menjauhi Tuhan Yang Esa. Sentiasalah kamu taat pada perintahNya dikala susah dan senang.

Wahai anakku...
Ambillah Quran sebagai panduan. Bacalah ia..kerana kelak ia akan membantumu di sana nanti. Jadikan ia sebagai peganganmu setiap masa.

Permataku sayang..
Sentiasalah kamu beringat. Jauhi dosa dan maksiat. Jaga tingkah lakumu sayang. Janganlah kamu terlalu asyik dengan dunia yang sementara ini.

Anakku...
Tuntutlah ilmu sebanyak mana yang engkau kehendaki. Tetapi..jangan sesekali kamu tinggalkan ilmu agama.

Sayangku Umar..
Jadilah anak yang soleh. Yang sentiasa taat pada perintahNya..taat pada ibubapamu. Doakanlah Ayah dan Ummi sayang. Semoga kamu berjaya di dunia dan akhirat. Amiin..