Amik gambar sendiri untuk Taska anak2. Tak de masa nk g tangkap kat kedai. Tapi..rasanya..ok kan?heeeee:)
Monday, November 11, 2013
Saturday, November 2, 2013
Penghargaan Untuk Umar Dari Permata
Semalam.. 1 November 2013, diadakan majlis konvo untuk pelajar 4 tahun Permata Daerah Hilir Perak bagi meraikan tahun terakhir pelajar di Taska Permata. Tahun depan Umar kena bersekolah tempat lain pulak. Sebab Umar dah besar. Da boleh masuk Tadika dah.
Sekejap saja masa berlalu. Dah setahun setengah Umar berada di Permata.
Terima kasih Cikgu2 dan Pembantu2 Taska atas Penghargaan yang diberikan ini:)
Saturday, October 12, 2013
Handmade Ice Cream Cake
Yay!!!! Berkat tunjuk ajar guru & pembantu Taska Permata..Umar berjaya membuat sendiri Kek Ais Krim ni:)
Note : kalah ummi*****huhu...
Monday, July 15, 2013
Temujanji Mata 16 Julai 2013
Wednesday, June 26, 2013
Jerebu
Teluk Intan di landa jerebu seperti tempat2 lain jugak. Tapi tak berapa pasti bacaan IPU dia berapa. Yang pastinya..agak kabur la jugak pada hari kedua tu.
Perasan ade jerebu pada pagi Ahad masa nak sidai kain. Bau asap. Esoknya..jerebu bertambah teruk. Tapi hari ketiga nampak ok sikit sebab ada hujan. Hari keempat..sekolah mula tutup. Taska Umar pon tutup jugak.
Jadinya..terpaksalah Ummi bawak Umar gi ofis hari ni. Tapi..tadi nampak da sangat kurang jerebunya. Alhamdulillah..hujan di kebanyakan tempat sangat membantu mengurangkan jerebu.
TQ Allah.
**Jom layan gelagat Umar di Ofis**
Sunday, June 23, 2013
Sunday, March 17, 2013
Lawatan Taska Permata Mac 2013
Hari ni Taska Permata ada buat lawatan ke Pusat Hidupan Liar Sungkai. Alhamdulillah..kami selamat pergi dan balik.
Pagi2 lagi Ummi siapkan Umar. Ummi pakaikan Umar baju kaler merah seperti yang ditetapkan oleh pihak Taska. Ummi pon pakai baju kaler merah jugak.
Singgah di kedai jiran kita tuk beli sarapan. Ummi beli bihun goreng dan sedikit kuih buat bekal atas bas nanti.
Umar sangat teruja. Kejap-kejap je tanya..dah sampai ke belum. Masa sampai tu terlompat2 tengok binatang. Kat Pusat Hidupan Liar Sungkai ni ada 3 jenis binatang je iaitu seladang, rusa dan burung.
Mula2 sampai tu kami melawat mini muzium kat situ. Ada macam2 binatang yang diawet dan dibuat pameran. Ada ular, tenggiling, rangka harimau, kaki gajah, burung, musang dan macam2 lagi. Umar suka nak amik gambar tapi takut nak dekat terutama sekali ular. Sebab memang nampak macam betul.
Selepas itu kami melawat kandang rusa. Macam2 jenis rusa ada kat situ. Masa taklimat tadi..kakak renjer tu kata..kat situ adalah pusat pembiakan untuk mengelakkan kepupusan.
Akhir sekali kami dibawa melawat seladang. Besar betul seladang ni. Rupa dia pon nampak garang. Kami tak dibenarkan turun. Hanya boleh melihat dari dalam kereta sahaja.
Jam 12 tengah hari kami pon pulang. Semua kepenatan sampai tertidur dalam bas.


